Events
Tournament

YOUTH INNOVATION CHALLENGE (YIC)

0 Points

By Agency User 1

Location: -

Event Date and Time: 2025-09-10 21:15:00 | 2026-02-28 23:55:00

Max User: 120

Youth Innovation Challenge (YIC) merupakan program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk mencungkil bakat pelajar IPT sebagai Inovator Sosial Muda. Peserta terbaik berpeluang mendapat dana di bawah program Inovasi Sosial Malaysia (MyIS) Perintis Tahun 2025 sehingga RM40,000! 📌 Syarat Permohonan: ✅ Terbuka kepada warganegara Malaysia. ✅ Terbuka kepada pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana tahun akhir dari IPTA/IPTS (termasuk universiti milik kerajaan negeri). ✅ Projek akhir tahun (FYP) yang dihantar mestilah lengkap. ✅ Idea FYP wajib disertakan dengan ‘Lab Proof of Concept (PoC)’. ✅ Projek mesti berada sekurang-kurangnya pada tahap TRL 3 (Technology Readiness Level). ✅ Permohonan perlu dihantar secara individu, walaupun boleh dibimbing oleh pensyarah/pakar. ✅ Idea mestilah asli dan tidak mempunyai status Hak Harta Intelek (IP) di mana-mana IPTA. ✅ Pelajar perlu bersedia untuk melaksanakan projek dalam jangka masa yang ditetapkan. ✅ Pemohon digalakkan aktif dan berminat untuk menjadi pelaksana kepada projek mereka sendiri. . #mosti #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #MADANIbekerja #TaatSetia #yayasaninovasimalaysia #youthinnovativechallenge

JOANNE WONG SUE YII - 3 months ago
Jom sertai kawan2!!!!